01 Oktober 2009

Perancangan Selepas Ini & 2010

Salam Sejahtera

Berdasarkan perjumpaan pada hari raya yang lepas baru-baru ini, berikut adalah beberapa perkara yang telah dipersetujui.

  • bersetuju mengekalkan kepimpianan yang sedia ada untuk sepenggal lagi sesuai dgn semangat 1 malaysia : )) tiada peralihan kuasa diterima buat masa ini..x de kena mengena pun...
  • bayaran yuran akan dibuat 2 kali setahun (RM60 pada Januari + RM60 pada Julai).- memandangkan kutipan secara bulanan amatlah sukar untuk dilaksanakan berdasarkan pengalaman yang lepas. bayaran seperti biasa kepada Sdr Nuar...ahli lembaga pengarah Bank kita
  • bersetuju menerima saudara Kasan (En Jamaluddin) menjadi ahli baru, memandangkan pengalaman luas dan usianya beliau juga layak untuk menjadi penasihat kelab, penasihat agama, penasihat politik, dan dalam kebanyakan hal seperti yang kita kenali..
  • mengadakan Hari Keluarga kelab - dimana Port Dickson atau Cherating atau Minyak Beku menjadi pilihan utama. Jika ahli ada mempunyai cadangan lain amatlah dialu-alukan. Hari Keluarga ini akan dicuba dilaksanakan sebelum 1/2 tahun 2010. Lagi cepat lagi bagus lah...Pihak urusetia sedang meninjau-ninjau beberapa pilihan hotel 5 bintang yg seswai untuk semua... kalau ada pilihan lain sila maklumkan. Ahli-ahli kelab akan dikenakan bayaran penginapan dan bayaran2 lain yg dirasakan patut..
  • lain-lain ada ape lagi Man? silalah tambah jika ada yg tertinggal...Maaf S/U tak dapat hadir kerana tertidur..penat beraya malam tu..: )) harap dimaafkan
Sekian harap maklum. Sila baca dengan waras..ade sesetengah makluaman diatas sekadar guruan belaka...: )

Yang sedang bertugas di opisnye

Amin LB BP KLG PSBPJ