14 Disember 2008

IBADAH KORBAN 2009

Apa kata kekawan kalo kita mengadakan ibadah korban bg tahun 2009 , mungkin dari sekarang kita boleh mula mengumpul duit. Cuma cadangan jerrr .. maknanya kita kena cari lerrr pasangan untuk cukupkan 7 bahagian ... ALLAHUAKHBAR .... takbirrr........

24 November 2008

WARIS SAUDARA YUSUF SULAIMAN

Tahniah kepada saudara Yusuf Sulaiman (ahli baru ) telah di kurniakan seorang cahayamata anak lelaki bernama MOHD MUHAIMIN . Semoga dengan kehadiran zuriat ini , maka pengganti kerjaya profesional saudara Yusuf sebagai PEMANCING di Kg. Pt. Mohammad dapat diteruskan oleh warisnya.... TAHNIAH ...

SEMOGA BERBAHAGIA PASANGAN SAUDARA YUSUF SUAMI ISTERI DENGAN KEHADIRAN CAHAYAMATA PERTAMA ... MOHD MUHAIMIN

*teruskan usaha untuk generasi seterusnya .......

09 Oktober 2008

Perlantikan Baru

Alhamdulillah. Selesai sudah kita beraya di kampung bersama.
Sempena aktiviti Marhaban yg telah berlangsung pada raya ke 3 lalu, kita masih dapat bermesyuarat. Dan yang paling penting Sdr Shamsudin, telah menyerahkan title Pengerusi kepada Sdr Yazit atas undian sebulat suara. Terima kasih buat Cikgu Sham(Din) kita atas sumbangannya sebagai Pengerusi kelab. Tahniah dan selamat berjuang buat Sdr Yazit kita demi menjayakan lagi kelab kita ini. Lantikan baru lain ialah Sdr Amin menggantikan Sd Arman sbg Setiausaha. Manakala Sdr Azman kekal sbg Bendahari.
Maklumat lain akan diberitahu kelak. Terima Kasih.

12 September 2008

MAKLUMAN

Untuk makluman semua ahli , Isteri kepada seorang ahli kita iaitu Azmi Ali (Janggut) telah dimasukkan ke Wad pd 8/9 dan keluar pd 10/9/08 kerana pembedahan pada saluran ovari yang bengkak di Hospital Putra . Di harap saudara Janggut tabah menghadapi ujian di bulan yg mulia ini. Sama-sama kita doakan semoga cepat sembuh dan kesejahteraan kepada keluarga Azmi Ali ... AMIN ....

18 Jun 2008

Gambaran Lagi


Gambar kita2 aje...sebahagian ahli, sewaktu majlis kenduri kahwin Emi Hj Ali. Gambar pengantin tidak dpt disiarkan atas permintaan beliau. : ). Buat En Ojol dan Suhaimi bila lagi? Jangan tunggu lama-lama.

07 Jun 2008

MyMat Club

MyMat Club merupakan kesepakatan yang lahir dari anak-anak kampung dari Pt Muhamad atau Pt Che Mat (dimana perkataan Mat dijadikan sebahagian dari nama kelab), Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kelab ini bertujuan untuk mengukuhkan silaturrahim sesama Islam, menjaga kebajikan sesama ahli, mengembangkan idea-idea dikalangan ahli untuk memperbaiki taraf kehidupan, juga untuk mencari peluang-peluang yang boleh dimanfaatkan bersama.