03 November 2009

Family Day 2010

Salam sahabat semua

Buat masa ini kita sedang mencari tempat2 peranginan atau hotel yang sesuai untuk tujuan di atas. Berdasarkan pencarian semasa setakat ini hanya Port Dickson dan Kuantan yg menjadi pilihan. InsyaAllah jika kita dapat mengaturkan pertemuan sempena cuti Hari Raya Haji hujung bulan ini , kita dapat berbincang sekali lagi berkenaan dengan Family Day kita ini.

Saya mengharapkan kita dapat membuat Family Day in pada hujung bulan Februari selepas Hari Raya Cina atau awal bulan Mac disebabkan oleh halangan2 tertentu jika kita mengadakannya terlalu lewat. Harap maklum

Amin S/U


Ditepi blog ini juga diwujudkan Poll atau Undian lokasi pilihan untuk hari keluarga ini. Sila2 lah undi...

01 Oktober 2009

Perancangan Selepas Ini & 2010

Salam Sejahtera

Berdasarkan perjumpaan pada hari raya yang lepas baru-baru ini, berikut adalah beberapa perkara yang telah dipersetujui.

  • bersetuju mengekalkan kepimpianan yang sedia ada untuk sepenggal lagi sesuai dgn semangat 1 malaysia : )) tiada peralihan kuasa diterima buat masa ini..x de kena mengena pun...
  • bayaran yuran akan dibuat 2 kali setahun (RM60 pada Januari + RM60 pada Julai).- memandangkan kutipan secara bulanan amatlah sukar untuk dilaksanakan berdasarkan pengalaman yang lepas. bayaran seperti biasa kepada Sdr Nuar...ahli lembaga pengarah Bank kita
  • bersetuju menerima saudara Kasan (En Jamaluddin) menjadi ahli baru, memandangkan pengalaman luas dan usianya beliau juga layak untuk menjadi penasihat kelab, penasihat agama, penasihat politik, dan dalam kebanyakan hal seperti yang kita kenali..
  • mengadakan Hari Keluarga kelab - dimana Port Dickson atau Cherating atau Minyak Beku menjadi pilihan utama. Jika ahli ada mempunyai cadangan lain amatlah dialu-alukan. Hari Keluarga ini akan dicuba dilaksanakan sebelum 1/2 tahun 2010. Lagi cepat lagi bagus lah...Pihak urusetia sedang meninjau-ninjau beberapa pilihan hotel 5 bintang yg seswai untuk semua... kalau ada pilihan lain sila maklumkan. Ahli-ahli kelab akan dikenakan bayaran penginapan dan bayaran2 lain yg dirasakan patut..
  • lain-lain ada ape lagi Man? silalah tambah jika ada yg tertinggal...Maaf S/U tak dapat hadir kerana tertidur..penat beraya malam tu..: )) harap dimaafkan
Sekian harap maklum. Sila baca dengan waras..ade sesetengah makluaman diatas sekadar guruan belaka...: )

Yang sedang bertugas di opisnye

Amin LB BP KLG PSBPJ

30 September 2009

Bila nak load Gambo Raya

Kepada sesiapa yg ada gambo raya bleh ler past kat Arman atau Amin.. nnt aku atau amin masukkan dalam website ... Tapi aku rasa malam tue mcm tak best sbb kedatangan keahlian tidak memberangsangkan .. Lg best kalo semua ada lepas tue buat Kambing Golekk .. Perghhhh br MENGANCAMMM ... Tahun depan diminta Saudara kita di Utara dapat SPONSER kambing seekor ..heheheeee..
Apapun bulan Jan 2010 jangan lupa membayar Yuran Kelab sebanyak RM60 .. Thankz kpd semua yang menjayakan program makan malam .. APA YANG PENTING .... KERJAAASAMAA ..

24 Ogos 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Saya sebagai wakil My Mat Club ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa di siang hari dan selamat ber tarawikh di malam hari buat semua yang melayari blog ini.

Semoga di bulan yang mulia ini kita semua umat Islam mengambil kesempatan untuk memperbanyakkan amalan yang baik untuk mendapatkan kelebihan yang berlipat ganda. Insya Allah.

Raya masih jauh lagi, so jangan lah dipikirkan sangat...buat la yang seadanya saja. : )

Selamat berpuasa...

Wassalam

21 April 2009

Kenduri Aqiqah

Aku telah dimaklumkan oleh Dato' Yazit, mengenai majlis aqiqah Sdr Azam Senawi untuk anaknya pada 2 Mei nanti, dan anak saudara Dato' Yazit sendiri (siapa ? anak arman ke?) pada 9 Mei. 

Pada kawan2 yang berkesempatan tu datang la ye, dah lama juga kita tak berkumpul ramai2 ni. 

Kepada sdr Ajam harap dapat menyediakan daging kambing yang secukupnya terutamanya untuk di lantak oleh ahli2 yang ada nanti.


Ketua Setiausaha Negara 
Datuk Paduka Amin Mohsen





09 April 2009

Blog

Salam semua. Kengkawan singgah la blog aku yg baru dan terkini. Jangan tak singgah tau.

http://www.nashizz.blogspot.com/

Maklumat terlewat, hiburan retro sensasi

12 Mac 2009

KELAHIRAN CAHAYAMATA SAUDARA KITA

TAHNIAAHHHH...

Tahniah buat saudara kita Norazam senawi dan sekeluarga kerana memperolehi cahayamata pertama seorang putera yg bernama MUHAMMAD AKIF AZFAR B. NORAZAM. Semoga dengan kehadiran putera yg dikasihi akan mengeratkan lagi kebahagiaan Family saudara Norazam.. Ammiinnnn ....

"Teruskan usaha anda untuk generasi seterusnya ... cayocayocayooo ... heheeee"

28 Januari 2009

Al Fatihah

Takziah buat keluarga Yazit & Arman atas pulangnya ke rahmatullah bonda mereka yang tercinta. Semua ahli keluarga my-mat club mendoakan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..Bersama-sama kita sedekahkan al fatihah..al fatihah..amin