25 Januari 2010

Bukan Sekadar Berita...

Berita baru yg tak berapa baru, buat yang tak tahu, Dr Zainal telah mendapat baby girl yg keduanya pada 14/12 lalu bernama Nurqisya Amani. Tahniah lah encik!

Bekas Presiden kita En Shamsudin Awang dah selamat pun berada di bumi Denmark.. tengah seronok main salji agaknya.

Semoga Presiden baru pun akan mengikut jejak langkah... : )

Kepada kawan2 yang ada masa, boleh la buka facebook sendiri. En Presiden pun dah buka facebook... En Mohd Arman takkan takde? Janggut?

Kita dah pun melangkah masuk 2010. So pembayaran yuran sebanyak RM60 bagi penggal setengah tahun pertama boleh la dibuat. Sila hubungi Bendahari atau Presiden.

Berkenaan trip kita, nampaknya tak dpt nak dibuat dalam jangka terdekat memandangkan, jadual masing2 terlalu sibuk. Kalau tak cukup korum macam tak seronok je. Alamatnya kena meeting lagi la jawabnya...

sekian

03 November 2009

Family Day 2010

Salam sahabat semua

Buat masa ini kita sedang mencari tempat2 peranginan atau hotel yang sesuai untuk tujuan di atas. Berdasarkan pencarian semasa setakat ini hanya Port Dickson dan Kuantan yg menjadi pilihan. InsyaAllah jika kita dapat mengaturkan pertemuan sempena cuti Hari Raya Haji hujung bulan ini , kita dapat berbincang sekali lagi berkenaan dengan Family Day kita ini.

Saya mengharapkan kita dapat membuat Family Day in pada hujung bulan Februari selepas Hari Raya Cina atau awal bulan Mac disebabkan oleh halangan2 tertentu jika kita mengadakannya terlalu lewat. Harap maklum

Amin S/U


Ditepi blog ini juga diwujudkan Poll atau Undian lokasi pilihan untuk hari keluarga ini. Sila2 lah undi...

01 Oktober 2009

Perancangan Selepas Ini & 2010

Salam Sejahtera

Berdasarkan perjumpaan pada hari raya yang lepas baru-baru ini, berikut adalah beberapa perkara yang telah dipersetujui.

  • bersetuju mengekalkan kepimpianan yang sedia ada untuk sepenggal lagi sesuai dgn semangat 1 malaysia : )) tiada peralihan kuasa diterima buat masa ini..x de kena mengena pun...
  • bayaran yuran akan dibuat 2 kali setahun (RM60 pada Januari + RM60 pada Julai).- memandangkan kutipan secara bulanan amatlah sukar untuk dilaksanakan berdasarkan pengalaman yang lepas. bayaran seperti biasa kepada Sdr Nuar...ahli lembaga pengarah Bank kita
  • bersetuju menerima saudara Kasan (En Jamaluddin) menjadi ahli baru, memandangkan pengalaman luas dan usianya beliau juga layak untuk menjadi penasihat kelab, penasihat agama, penasihat politik, dan dalam kebanyakan hal seperti yang kita kenali..
  • mengadakan Hari Keluarga kelab - dimana Port Dickson atau Cherating atau Minyak Beku menjadi pilihan utama. Jika ahli ada mempunyai cadangan lain amatlah dialu-alukan. Hari Keluarga ini akan dicuba dilaksanakan sebelum 1/2 tahun 2010. Lagi cepat lagi bagus lah...Pihak urusetia sedang meninjau-ninjau beberapa pilihan hotel 5 bintang yg seswai untuk semua... kalau ada pilihan lain sila maklumkan. Ahli-ahli kelab akan dikenakan bayaran penginapan dan bayaran2 lain yg dirasakan patut..
  • lain-lain ada ape lagi Man? silalah tambah jika ada yg tertinggal...Maaf S/U tak dapat hadir kerana tertidur..penat beraya malam tu..: )) harap dimaafkan
Sekian harap maklum. Sila baca dengan waras..ade sesetengah makluaman diatas sekadar guruan belaka...: )

Yang sedang bertugas di opisnye

Amin LB BP KLG PSBPJ